Hasil pembelajaran:
1. Mengenal pasti definisi pendidikan pelbagai budaya.
2. Menyenaraikan pendekatan pelaksanaan pendidikan pelbagai budaya.
3. Mengenal pasti Dasar Pendidikan Pelbagai Budaya di Malaysia.
4. Mengenal pasti kepentingan kepelbagaian budaya guru.
5. Menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan dalam pendidikan pelbagai budaya.
6. Mengaitkan isu-isu semasa dan membuat kesimpulan berkaitan pengurusan pelbagai budaya.
Isu Semasa Mengenai Pengurusan Kepelbagaian Budaya:
1. Proses integrasi
Artikel 1, bertajuk Integrasi kepelbagaian bangsa, agama satukan Keluarga Malaysia.
a) Proses integrasi melalui akomodasi dan asimilasi; perlu menilai kembali dasar serta pelaksanaan integrasi untuk memperkukuh keharmonian negara.
b) Menguruskan perbezaan agama; pendekatan perlu berhati-hati kerana tahap sensitiviti yang tinggi. Kata kunci dalam pengurusan perbezaan agama: toleransi & hormat-menghormati.
c) Konsep 'agree to disagree' haruslah digunakan untuk menyuburkan semangat persefahaman terhadap kepelbagaian agama dan budaya.
2. Diskriminasi di sekolah
a) Diskriminasi perkauman masih berlaku di institusi pendidikan awal, misalnya terdapat sekolah yang meletakkan syarat perkauman bagi pendaftaran aktiviti kokurikulum.
b) Hal ini juga akan menyebabkan peranan guru-guru dipersoalkan, malah murid boleh hilang rasa hormat apabila dibeza-bezakan mengikut latar belakang mereka.
c)Sekolah seharusnya mengajar bagaimana untuk sama-sama memahami dan menghormati perbezaan budaya, bahasa dan agama dalam kalangan murid berbilang kaum, tanpa sebarang diskriminasi.
Rumusan
Secara tuntasnya, guru memainkan peranan yang penting dalam memupuk nilai toleransi dan sifat hormat-menghormati antara murid-murid daripada pelbagai latar belakang kaum, agama dan bahasa yang berbeza, sama ada daripada kurikulum formal mahupun melalui interaksi sesama guru dan murid-murid lain di sekolah. Sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum, pendidikan sejak awal sekolah perlu dititikberatkan agar masyarakat kita dapat terus hidup dalam keadaan harmoni dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Sebagai seorang pendidik, kita juga hendaklah menjadi teladan yang baik untuk murid-murid terutama sekali dalam menjaga sensitiviti dan menghargai kepelbagaian latar belakang budaya murid-murid supaya dapat melahirkan generasi yang saling memahami dan mementingkan keharmonian dalam hidup bermasyarakat yang mempunyai pelbagai latar belakang kaum, agama dan bahasa.